masalah kita untuk buat kertas kerja untuk ternakan puyuh,kadang2 pening juga memikirkan benda-benda ni semua.
kertas kerja atau paperwork atau proposal bagi saya sama je semua benda tu.
maklumla saya ni pn bknya arif sangat nak buat kertas kerja tu tapi boleh la kalau dh terdesak sangat.
bahan-bahan untuk kertas kerja pn tengah dikumpulkan, saya mengucapkan ribuan terimakasih pada encik abdul mubin selaku ceo @http://kubangkekuraenterprise.blogspot.com/ yang telah membantu saya memberi maklumat dan berkongsi pengalaman beliau dalam penternakan puyuh.
ini antara anak-anak puyuh dari ladang beliau
saya amat hargai jasa baik beliau dan saya berharap akan menjadi seorang penternak yg berjaya seperti beliau,bidang penternakan sememangnya satu bidang yang mencabar,semestinya kejayaan tidak akan datang bergolek jika tanpa ketekunan dan usaha yang gigih serta perancangan yang rapi.
ini hanyalah luahan rasa saya shj.. masalah utama ialah modal..RM RM RM.
sebenarnya anak-anak muda kita mempunyai terlalu banyak idea tetapi idea itu akan hanya mati ditengah jalan shj kerana masalah modal.bantuan kerajaan mmg ada tetapi mungkin dalam sejuta yang memohon hanya segelintir sahaja yang berjaya.
seeloknya jika ingin menceburi sesuatu perniagaan biarlah bermula dari kecilan shj,selangkah demi selangkah dan dari itulah risiko untuk gagal akan berkurang kerana kita belajar dari bawah..
memang lambat kaya la.
memang boleh bermula dengan kecilan shj tapi bagi saya semua tu adalah mustahil jika anda mengharapkan perniagaan itu untuk menampung hidup sekeluarga.
jadi bagi saya sendiri saya lebih suka bermula dengan skala sederhana.. untung rugi memang adat dalam berniaga,kalau anda takut rugi maka anda bukanlah seorang yang boleh berniaga,boleh untung mesti boleh rugi.
sampai bila kita hanya mahu duduk di takuk makan gaji basic shj?
usahawan atau berniaga adalah satu peluang yang cerah dan gelap jika anda takut,tiada pengalaman,modal.
bagaimana pengalaman akan datang jika anda tidak pernah menceburi bidang tersebut?
anda takkan pandai berjalan seperti hari ini jika suatu masa dahulu anda tidak pernah jatuh semasa bertatih.
sampai bila anda tidak akan tahu jika anda hadkan keupayyan diri anda hanya untuk jadi pekerja.
sekian terimakasih. ini hanya motivasi diri saya sendiri shj dan tidak ada kene mengena dengan orang lain,samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia,jika ada pun mungkin hanya secara kebetulan.
No comments:
Post a Comment